PSG kurang berkesan, kata Tuchel selepas belasah Angers

Oleh Muzaffar Musa 3 Oktober 2020 138
PSG kurang berkesan, kata Tuchel selepas belasah Angers
Paris Saint-Germain mungkin membelasah Angers 6-1 awal pagi tadi tetapi Thomas Tuchel kecewa dengan aksi pasukannya yang disifatkan "kurang berkesan".

Juara bertahan Ligue 1 itu mendahului aksi di Parc des Princes seawal minit ketujuh hasil jaringan pertama Alessandro Florenzi sebelum Neymar kemudian meledakkan dua lagi gol.

Angers merapatkan jurang menerusi Ismael Traore tetapi Julian Draxler, Idrissa Gueye dan Kylian Mbappe memastikan skuad kendalian Stephane Moulin itu tidak akan dapat bangkit dalam babak kedua.

PSG melancarkan 18 percubaan tepat tetapi kerap terdedah kepada serangan balas pantas dan Tuchel mahu pasukannya melakukan sesuatu yang lebih baik dalam memberikan tekanan di bahagian atas.

"Saya sedikit kecewa dengan kurangnya keberkesanan kami," katanya kepada Telefoot.

"Kami masih mencipta banyak peluang tetapi jangkaan dan kegalakan di dalam kotak pernah lebih baik.

"Kami menjaringkan banyak gol. Kami melalui perlawanan yang hebat dengan kemenangan yang hebat. Ia memberikan kami banyak keyakinan.

"Dalam sesetengah perlawanan, amat sukar untuk meletakkan keamatan terhadap bola. Mendapatkan bola di atas dalam kawasan lawan yang tidak teratur membenarkan kami untuk mencipta peluang lebih mudah daripada kami menghadapi deretan 10 pemain pertahanan.

"Amat penting untuk menutup ruang apabila melakukan serangan. Ia sukar, ia intensif tetapi kami perlu melakukannya.

"Jika kami melakukannya, ia lebih sukar untuk melakukan serangan balas ke atas kami dan ia membenarkan kami untuk mencipta peluang," katanya.
 
Tuchel lantang bersuara mengenai keperluan PSG untuk menguatkan pasukan sebelum jendela perpindahan ditutup Isnin ini dengan Florenzi menjadi pemain tunggal yang didatangkan ke pasukan itu walaupun mereka sudah kehilangan Edinson Cavani, Thiago Silva dan Thomas Meunier

Ditanya mengenai perasaannya sekiranya tiada lagi pemain baru yang akan ditandatangani PSG, dia berkata: "Kita perlu tunggu, sudah banyak kali saya berbicarakan mengenainya. Saya sentiasa memberikan pendapat saya dengan jujur. Kami tidak kan berhenti untuk mendorong dan percaya bahawa kami boleh melakukan sesuatu yang baik.

"Tetapi ia juga perlu untuk memberikan pandangan sebagai seorang jurulatih. Itulah yang saya lakukan.

"Masih ada beberapa hari dan kita boleh mengkajinya selepas ini," katanya lagi.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen