Pogba terlalu cintakan bola sepak

Oleh Staff Writer 12 Julai 2018 2959
Pogba terlalu cintakan bola sepak
Paul Pogba memberikan tindak balas yang penuh bersemangat terhadap kritikan yang diterima selepas membantu Perancis layak ke final Piala Dunia.

Pogba mempamerkan permainan yang bertenaga dan terbaik dalam kejohanan selepas tandukan Samuel Umtiti membolehkan Les Bleus mengatasi Belgium 1-0 dalam separuh akhir di Saint Petersburg, Selasa lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu merupakan pemain termahal dunia sewaktu kembali ke Manchester United dari Juventus pada 2016 tetapi persembahannya di Old Trafford telah membawa kepada banyak kritikan.

Tatkala aksi terbesar dalam karier bakal menanti, Pogba melaungkan keazaman untuk terus berjuang dan tidak mahu bercakap tentang rasa cintanya terhadap bola sepak.

"Saya tidak mahu membuktikan apa-apa kepada sesiapa," kata Pogba.

"Saya datang dari sesuatu, ia bukan tiada apa-apa tetapi jelas sekali saya tidak memiliki trofi.

"Saya hanya mampu melakukan sesuatu, iaitu bermain bola sepak. Itu adalah kecintaan dalam diri saya. Jelas sekali saya sukakannya.

"Kadangkala, anda melakukannya dengan baik tetapi ada sesetengah tempoh masa, anda hanya mempamerkan persembahan buruk. Itu adalah cara anda berkembang.

"Saya boleh terus meningkat dan menjadi lebih baik. Saya tidak menganggap diri masih muda tetapi saya bukan pemain yang sudah berusia. Saya sedang melalui perkara yang hebat dan saya mahu menyelesaikannya."

Sebagai salah seorang pemain skuad Perancis yang menanggung kekalahan final Euro 2016 di laman sendiri, Pogba sedar akan tangggungjawab yang digalasnya.

"Ia masih belum selesai. Separuh akhir adalah sebuah perlawanan.

"Kami melangkah ke final Piala Dunia dan ia adalah impian semua orang tetapi anda harus merealisasikan impian itu.

"Kami memulakan impian kami, jadi harus menyelesaikannya. Kami masih belum selesai."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen