Pemain tengah Perancis, Paul Pogba, memahami kritikan terhadap persembahannya tetapi menegaskan dia memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memberikan sumbangan kepada pasukan.

Pemain Manchester United itu merupakan wira buat Perancis selepas menjaringkan gol dari luar kotak penalti pada minit ke-30 untuk menewaskan Belanda 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

"Saya bermain untuk pasukan Perancis, bukan pasukan Pogba," katanya.

"Kami tidak mahu berbincang mengenai kebolehan individu di atas padang."

Pogba berkata dia telah mencuba untuk memberikan tumpuan sepenuhnya walaupun sering menerima soalan mengenai prestasinya.

"Ia bukan satu perkara yang baik untuk selalu mendengar kritikan tetapi tetapi inilah bola sepak.

"Saya cuba untuk kekal fokus di atas padang. Saya memberikan segala-galanya.

"Saya adalah pemain yang gemar mencuba sesuatu yang baru. Saya masih muda. Kami mahu melayakkan diri ke Piala Dunia."

Kemenangan Perancis meletakkan mereka di takhta Kumpulan A dengan tujuh mata.