Pochettino harus lupakan minat terhadap Zidane

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2017 3209
Pochettino harus lupakan minat terhadap Zidane
Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, perlu mengetepikan minatnya terhadap rakan sejawatannya di Real Madrid, Zinedine Zidane, apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), minggu depan.

Spurs bakal bertandang ke Santiago Bernabeu untuk aksi ketiga Kumpulan H pada Selasa depan dan Pochettino sedar ia bukan satu tugas mudah.

Zidane menggantikan Rafael Benitez selaku pengendali skuad Los Blancos pada Januari 2016 sebelum mengetuai cabaran Madrid muncul sebagai pasukan pertama memenangi UCL dua tahun berturut-turut.

Pencapaian legenda Perancis itu membuatkan Pochettino kagum dengannya, namun dalam masa sama mengakui perlu melupakannya demi mencapai kemenangan.

"Madrid merupakan pasukan terbaik di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata Pochettino kepada beIN Sports.

"Mereka telah membuktikannya dan saya akui saya terpesona dengan kehebatan Zidane sebagai pemain dan juga jurulatih.

"Sudah tentu, kami akan cuba menggunakan segala yang ada untuk memenangi perlawanan pada Selasa kerana kami ke sana untuk menang," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen