PJBM komited lahirkan pemain bola sepak profesional

Oleh Penulis Jemputan 26 Oktober 2017 88
PJBM komited lahirkan pemain bola sepak profesional
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) mengharapkan anugerah kejurulatihan bola sepak negara yang bakal dianjurkannya mampu menghasilkan rumusan terbaik bagi meningkatkan tahap bola sepak negara.

Menurut Presiden PJBM, B. Sathianathan, simposium itu yang akan berlangsung pada 3 dan 4 November ini, akan membabitkan beberapa jurulatih berpengalaman seperti Irfan Bakti Abu Salim dan Datuk Ong Kim Swee.

PJBM turut menjemput beberapa pengkritik bagi memberi peluang buat mereka melontarkan soalan-soalan kepada jurulatih.

“Saya nak tahu daripada ahli-ahli bagaimana mereka boleh membantu dalam mencipta satu DNA.

“Sebagai contoh latihan hantaran. Bola sepak moden sudah jauh berbeza dan kita harus mengenal pasti yang mana satu bersesuaian dengan bola sepak di Malaysia,” kata Sathianathan.

Sathianathan juga menambah simposium itu tidak mempunyai sebarang ideologi yang bercanggah dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang mempunyai teknik tersendiri dalam menghasilkan pemain.

Sebaliknya ia bertujuan untuk bersama-sama memastikan penghasilan pemain berkualiti demi peningkatan bola sepak negara.

“Kami nak mengetahui DNA yang diterapkan, sebab itu apabila simposium ini dijalankan, jurulatih-jurulatih daripada NFDP dipanggil untuk berkongsi ilmu yang dimiliki.

“Jadi, ia tidak boleh lari jauh. Sebelum ini mungkin mereka tidak berpeluang untuk bercakap. Jadi, symposium ini menjadi medan untuk melakukan perbincangan, tidak perlu tenaga dari luar,” tambahnya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen