Pemain tengah Juventus, Miralem Pjanic, kembali ke Itali menjelang kemungkinan Serie A bakal disambung semula.

Serie A ditangguhkan sepanjang bulan lalu berikutan ancaman koronavirus baru (Covid-19), justeru Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) menyatakan bahawa kempen musim ini tidak akan disambung sehinggalah kesihatan dan keselamatan semua pihak dapat dijamin.

Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora, berharap dapat mengesahkan tarikh 4 Mei depan untuk pasukan Serie A kembali ke latihan secepat mungkin susulan sekatan pergerakan dan aktiviti luar akan berakhir pada 3 Mei depan.

Ketika musim ini ditangguhkan, bintang Bosnia-Herzegovina itu kembali ke tanah airnya, seperti rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo -- yang terbang ke Portugal sementara pemain-pemain seperti Douglas Costa, Alex Sandro dan Danilo pula pulang ke Brazil.

Back To The Business ????

A post shared by Miralem Pjanić (@miralem_pjanic) on


Begitupun, Pjanic mengumumkan melalui Instagram semalam bahawa dia akan kembali ke Itali dengan keterangan: "Kembali berjuang".

Juara bertahan itu mendahului Lazio dengan satu mata selepas 26 perlawanan.

Sebelum musim ditangguhkan, Pjanic telah menyumbat tiga gol dan mencipta dua bantuan gol dalam 22 penampilan Serie A.