Igor Tudor meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Hajduk Split untuk menjadi pembantu kepada Andrea Pirlo di Juventus, demikian diumumkan kelab Croatia berkenaan.

Walaupun tidak pernah beraksi bersama sewaktu bergelar pemain Juve, Tudor dan Pirlo akan bergandingan untuk membawa kejayaan di Stadium Allianz.

Bekas pemain pertahanan berusia 42 tahun, Tudor, berpengalaman sebagai jurulatih dalam Serie A dengan mengemudi Udinese sebanyak dua kali sebelum kembali ke Hajduk tahun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Hajduk berkata: "Igor Tudor bukan lagu jurulatih Hajduk selepas dia memilih untuk menerima tawaran daripada ketua jurulatih Juventus yang baru, Andrea Pirlo, untuk menjadi pembantu jurulatih di Itali.

"Kami mendoakan kejayaan jurulatih Tudor dalam kariernya.

Pelantikan Pirlo mencetuskan kejutan selepas juara Serie A itu memecat Maurizio Sarri susulan disingkirkan oleh Lyon dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal bulan ini.