Final Piala SAFA 2018 yang berlangsung semalam menyaksikan Kota Belud muncul juara selepas menewaskan Kota Kinabalu 2-1.

Perlawanan akhir di Stadium Likas itu berlarutan sehingga ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 90 minit.

Kota Belud menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua masa tambahan.

Kesengitan perlawanan akhir itu, bagaimanapun, dicemari layangan tiga kad merah, dua buat Kota Kinabalu dan satu kepada Kota Belud.

Sementara itu, Keningau mengalahkan Kinabatangan 3-0 dalam penentuan tempat ketiga di Padang Sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang berlangsung lebih awal.

Gelaran juara menyaksikan Kota Belud meraih hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan dan piala rebutan.

Hadiah tempat kedua untuk Kota Kinabalu pula adalah wang tunai RM3,000.

Keningau menrima RM 2,000 untuk tempat ketiga manakala Kinabatangan menrima RM1,500 untuk tempat keempat.