Piala Dunia Kelab tangguh ke Februari 

Oleh Shaiful Shamsudin 18 November 2020 113
 Piala Dunia Kelab tangguh ke Februari 
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Piala Dunia Kelab akan dilangsungkan pada Februari 2021, bukannya bulan depan.

Acara tahunan itu yang dipentaskan di Qatar, secara tradisinya diadakan pada setiap akhir tahun.

Namun, badan induk dunia itu menjelaskan kejohanan melibatkan kelab antara benua itu perlu ditangguhkan ke 1 Februari hingga 11 Februari berikutan penularan COVID-19.

Juara Eropah, Bayern Munich, dan pemenang Liga Bintang-Bintang Qatar 2019-20, Al-Duhail, antara kelab yang sudah mengesahkan penyertaan setakat ini.

Kejohanan kali ini bakal menjadi edisi terakhir sebelum pertandingan itu digantikan dengan Piala Konfederasi yang akan diadakan di China buat julung kalinya.

FIFA juga mengesahkan Piala Dunia Wanita B-20 dan B-17 2020 dibatalkan selepas pihak berkepentingan melahirkan kebimbangan mengenai penganjuran kejohanan itu walaupun telah menangguhkannya ke awal tahun depan ekoran daripada pandemik tersebut.

FIFA mendedahkan tuan rumah tahun ini-- Costa Rica untuk kejohanan B-20 sementara India tuan rumah kepada kejohanan B-17 -- akan diberikan hak untuk menganjurkannya pada 2022.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen