Penyerang Real Madrid, Gareth Bale, tidak menjalani sebarang latihan utama pasukannya bagi persiapan menentang kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain, dalam final Piala Dunia Kelab di Abu Dhabi, esok.

Bale menjaringkan hatrik dalam tempoh 11 minit ketika membenam Kashima Antlers 3-1 dalam aksi separuh akhir, kelmarin.

Namun, dia hanya melakukan larian ringan ketika sesi latihan Madrid, malam tadi.

Dia selepas itu hanya melakukan regangan di tepi padang dan tidak menyertai sesi latihan pasukan bersama pemain-pemain lain.

Turut dilihat dalam sesi itu adalah latihan mengambil sepakan penalti oleh kapten pasukan, Sergio Ramos, dan pemenang Ballon D'or 2018, Luka Modric.