Penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer, percaya Sweden mencetuskan amaran awal terhadap kempen Piala Dunia 2018 menerusi kemenangan play-off ke atas Itali.

Juara dunia itu yang di bawah tanggungjawab Joachim Low akan memulakan kempen Russia 2018 dalam Kumpulan F dengan Mexico -- pasukan yang ditundukkan 4-1 dalam dalam kejayaan Piala Konfederasi tahun ini.

Korea Selatan juga serupa dengan Sweden -- mengecewakan Itali dalam kelayakan play-off -- apabila dua kali mencatat kemenangan 1-0 ke atas skuad Azzuri bulan lalu.

"Kami mempunyai lawan yang tidak diketahui oleh kami, saya sentiasa menyukainya apabila kami tahu apa yang diharapkan," ujar bintang Bayern Munich, Neuer, yang akan kembali pada awal tahun baru selepas menjalani pembedahan kaki.

"Mereka semua adalah lawan yang sangat serius, namun ia harus menjadi matlamat yang jelas untuk kami muncul sebagai pemenang kumpulan.

"Kebiasaannya, Mexico mempamerkan gaya agresif. Kami boleh menyesuaikan dengan baik ketika bertemu Sweden, namun sejak mereka mengalahkan Itali, kami pasti ia tidak akan mudah.

"Korea Selatan terkenal dengan corak permainan yang baik, ia adalah kumpulan yang menarik dengan tiga lawan dari tiga benua berbeza," ujarnya.

Skuad kendalian Low terkandas di peringkat separuh akhir Euro 2016, namun dia tetap memasang impian untuk mengangkat Jerman menjadi negara pertama mengekalkan trofi Piala Dunia sejak Brazil melakukannya pada 1962.

"Kami mempunyai lawan yang sangat menarik dan misi kami dalam kumpulan adalah kami mahu meletakkan asas untuk mempertahankan gelaran kami dengan jayanya, itu sasaran kami," kata Low kepada pemberita.