Piala AFF: Kelibat Sumareh masih samar 

Oleh Penulis Jemputan 14 November 2018 13490
Piala AFF: Kelibat Sumareh masih samar 
Kemungkinan untuk skuad kebangsaan dibarisi Mohamadu Sumareh bagi aksi berdepan Vietnam, Jumaat ini, tidak kesampaian apabila pengendali negara, Tan Cheng Hoe, mengesahkan pemain naturalisasi itu berdepan masalah kecederaan hamstring dan mungkin tidak dapat diturunkan.

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Hanoi hari ini menjelang pertemuan getir menentang Vietnam bagi aksi ketiga Kumpulan A, Piala AFF 2018.

Pertemuan selepas ini dianggap getir buat skuad yang dikemudi Cheng Hoe itu yang dalam misi mengesahkan kelayakan ke separuh akhir. Namun, sekiranya keadaan memaksa, kelincahan Sumareh tetap ditagih. 

Kali terakhir kedua-dua negara bertemu adalah di pentas yang sama dua tahun lalu yang menyaksikan skuad negara tewas 0-1 di peringkat kumpulan. 

Sumareh didakwa masih belum cergas sepenuhnya kerana dibelenggu masalah hamtring dan mereka masih membincangkan kelibatnya dalam kem kebangsaan.

"Semua pemain dalam keadaan yang cukup baik, cuma Sumareh yang masih perlu dapatkan nasihat doktor berkenaan tahap kecergasannya ekoran dilanda kecederaan hamstring.

"Kami masih mempunyai dua hari lagi untuk menghadapi Vietnam dan kami akan terus memantau perkembangannya," kata jurulatih negara tersebut. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen