Kapten England, Wayne Rooney, telah menghadiahkan jersi yang dipakainya dalam kemenangan ke atas Scotland pada Jumaat kepada seorang peminat cilik yang sedang terlantar sakit.

Kasabian Newton-Smith -- seorang kanak-kanak berumur lapan tahun dari Sheffield -- telah menjadi topik perbualan media sosial apabila dia didapati menghidap kanser.

Pemain bola sepak telah digalakkan untuk memuat naik tweet '#1LastSmile4Kasabian' bagi menyuntik kesedaran terhadap kanser yang dialami kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Ewing sarcoma.

Bekas penyerang England, Alan Shearer, telah menyatakan sokongannya terhadap kempen tersebut yang dikendalikan Grassroots Football, sementara pemain Sheffield United, Billy Sharp, berkongsi gambar dengan Rooney dan Adam Lallana bagi menyatakan sokongan sama.

Rooney memilih untuk menghantar jersinya yang telah ditandatangani kepada Kasabian yang merupakan penyokong Manchester United.

Tweet 1