Pertemuan PSG, Marseille antara aksi Ligue 1 ditangguhkan 

Oleh Staff Writer 14 Disember 2018 121
Pertemuan PSG, Marseille antara aksi Ligue 1 ditangguhkan 
Lima perlawanan Ligue 1, termasuk membabitkan aksi juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) dan Marseille, ditunda ekoran rusuhan yang tercetus di Perancis.

Protes yang digelar demonstrasi 'gilet jaunes' itu mencetuskan suasana hura-hara di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini, khususnya di Paris, dengan enam pertandingan Ligue 1 sebelum ini telah ditunda.

Berikutan separuh daripada angkatan pihak berkuasa polis diperlukan untuk menangani rusuhan, separuh daripada 10 perlawanan yang ditetapkan untuk perlawanan ke-18 minggu ini terpaksa ditangguhkan.

Aksi terakhir yang menemukan PSG dan Montpellier ditunda ke 15 Januari depan sementara aksi di antara pendahulu Ligue 1 itu dan Dijon juga akan dijadualkan semula. 

Rabu lalu, Montpellier membatalkan perlawanan dengan Nantes, namun perlawanan membabitkan Nice dan Saint-Etienne serta pertemuan Lyon dengan Monaco akan ditunda ke Ahad ini. 

Aksi Marseille menentang Bordeaux juga akan dijadualkan semula manakala pertemuan Amiens dan Angers serta Guingamp menentang Rennes juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. 

Aksi Reims bertemu Strasbourg dan Nimes bertemu Lille dijangka akan diteruskan sementara pertembungan Caen dan Toulouse di laman sendiri akan berlangsung Selasa depan. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen