Persahabatan antarabangsa: Qatar kejutkan Switzerland

Oleh Penulis Jemputan 15 November 2018 335
Persahabatan antarabangsa: Qatar kejutkan Switzerland
SWITZERLAND 0 QATAR  1

Akram Afif menjaringkan gol pada minit ke-86 yang memastikan kemenangan 1-0 Qatar (ranking ke-96 dunia) ke atas Switzerland (ranking kesembilan dunia) dalam aksi persahabatan di Lugano, awal pagi tadi.


Afif,  penyerang pasukan Al Saad yang dipinjam daripada Villlarreal, menerima hantaran Karim Boudiaf sebelum menewaskan penjaga gol Switzerland, Yvon Mvogo, untuk meneruskan rekod empat kemenangan daripada lima perlawanan terakhir Qatar.

Kemenangan itu meningkatkan reputasi skuad kendalian Felix Sanchez itu yang dalam persediaan menghadapi saingan Piala Dunia pertama selaku tuan rumah pada 2022.

Switzerland tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir dan ketua jurulatih, Vladimir Petkovic, perlu memperbaiki kelemahan menjelang aksi berdepan Belgium dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah, hujung minggu ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen