Perpindahan ke Juventus satu kesilapan

Oleh Penulis Jemputan 4 November 2017 10823
Perpindahan ke Juventus satu kesilapan
Pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Dani Alves, menyifatkan perpindahannya ke Juventus pada 2016 adalah satu kesilapan dalam kariernya.

Alves menamatkan khidmatnya bersama Barcelona dan memilih untuk berpindah ke Itali pada tahun lalu, sebelum menjulang kejuaraan Serie A.

Bagaimanapun, dia hanya kekal semusim sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke PSG walaupun pemain berusia 34 tahun itu ditawarkan oleh Pep Guardiola untuk ke Manchester City.

"Ia adalah hasil gabungan beberapa faktor. Saya memiliki ramai kawan di PSG, pasangan saya sukakan kehidupan di Paris dan kelab mempunyai cita-cita yang tinggi.

"Saya akui teruja untuk kembali bekerjasama dengan Guardiola dan tidak menoleh kepada pilihan lain. Malangnya, keputusan ke Juventus satu kesilapan," ujar Alves.

"Amat sukar apabila memikirkan terpaksa terbang dari Turin ke Barcelona untuk menemui anak. Pasangan saya juga berdepan masalah untuk mendapatkan pekerjaan di sana, membuatkan saya memikirkan untuk ke Etihad.

"Kemudian, saya berpeluang untuk menyertai beberapa rakan karib di PSG, kelab yang terletak di dalam bandar yang indah dengan pasukan yang berpotensi tinggi. Saya tahu saya mampu menambah beberapa elemen positif ke dalam pasukan.

"Situasi itu membuatkan saya memilih Paris berbanding Manchester tetapi saya tetap mengagumi Guardiola sebagai seorang pengurus dan harapan saya mahu beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada masa depan," ujarnya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen