Gerard Pique percaya impak yang dicipta rakan sepasukannya, Lionel Messi, andai meninggalkan Barcelona ibarat 'kehilangan seorang bapa'.

Messi yang dibentuk di akademi La Masia memahat namanya sebagai salah seorang pemain termahsyur dalam sejarah.

Pique, yang turut bersama-sama bintang Argentina itu di akademi sebelum berhijrah dan kemudiannya menyertai semula Barca, sedar mengenai impak yang bakal Messi tinggalkan andai penghijrahan itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.

"Dia memiliki teknik yang sempurna. Hari dia akan berpindah ibarat kematian bapa sendiri, itu perkara yang sukar," katanya kepada TV3.

"Kita bercakap tentang Leo sekarang, satu hari nanti dia tidak akan berada di sini dan kami bakal pincang, namun kami akan bermula semula untuk terus kompetitif."

Messi telah memenangi lapan gelaran La Liga dan empat kejuaraan Liga Juara-Juara, antara koleksi trofi yang dimenanginya di Barcelona.

Pique berkata tidak akan ada lagi generasi seperti Messi, Xavi, Sergio Busquets, Carles Puyol, Andres Iniesta dan dirinya sendiri.

"Tidak akan ada lagi Messi yang lain dan kami tidak menjangkakannya kerana tiada generasi di La Masia yang mempunyai pemain seperti Xavi, Busi, Puyol, Iniesta dan saya sendiri.

"Marilah berharap mengenainya tapi saya rasa ia tidak akan berlaku lagi."