COLOMBIA 2 URUGUAY 2

Selepas menyaksikan Colombia menentukan rentak permainan ketika berdepan Uruguay, ketua jurulatihnya, Jose Pekerman, tidak dapat menyalahkan pemain-pemainnya berikutan keputusan seri 2-2 yang menghiburkan pada Selasa.


Tuan rumah, Colombia, meraih satu mata daripada perlawanan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan itu dan harus berterima kasih kepada gol antarabangsa pertama Yerry Mina ketika perlawanan berbaki enam minit.

Colombia, yang turun tanpa kapten, James Rodriguez, yang cedera, menguasai untuk sebahagian besar perlawanan di sebalik menyaksikan Cristian Rodriguez memadamkan kelebihan daripada gol pendahuluan Abel Aguilar dalam separuh masa pertama, sehingga Luis Suarez mengembalikan Uruguay di hadapan pada minit ke-73.

Enggan mengalah, Colombia kekal dipisahkan tiga mata dengan Uruguay – satu kedudukan yang cukup menggembirakan Pekerman.

“Kami harus bertanggungjawab, kami melakukan beberapa kesilapan dan terpaksa membayar harga yang mahal. Tapi saya juga tidak boleh terlepas pandang bahawa kami juga melakukan banyak perkara baik ketika berdepan sebuah pasukan yang hebat,” kata Pekerman.

“Saya lihat pemain-pemain saya cuba bermain dengan baik dan apabila keadaan menjadi sukar, kami memikili perwatakan dan kekuatan untuk mendapatkan keputusan lebih baik.

“Dalam bola sepak dan perlawanan penting seperti ini, gol-gol dan detik-detik apabila ia berlaku, adalah faktor yang sangat penting.

“Kami sedang menyerlahkan penguasaan kami dan gol penyamaan tiba pada masa yang tidak disangka. Ia berlaku ke atas kami ketika gol Suarez dan ia satu tamparan buat kami.

“Kami kembali bersaing dalam separuh masa kedua, Edwin [Cardona] beraksi baik dan pasukan kembali lancar tapi pasukan lawan mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang mereka. Kami harus akur bahawa mereka mendapat hasilnya kerana mereka menjaringkan gol.”