Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini, memberikan panggilan kebangsaan pertama buat Riccardo Orsolini, Gaetano Castrovilli dan Andrea Cistana menjelang perlawanan terakhir pusingan kelayakan Euro 2020.

Penyerang, Orsolini, telah menghasilkan satu gol dan tiga bantuan jaringan buat Bologna, yang menduduki tangga ke-13 Serie A selepas 11 perlawanan.

Castrovilli pula cemerlang menjadi nadi di jentera tengah Fiorentina manakala Cistana telah menjadi pemain utama pasukan yang sedang bergelut dalam Serie A, Brescia.

Pertahanan tengah Chelsea, Emerson Palmieri, kembali tersenarai selepas dipinggirkan gara-gara kecederaan manakala pemain tengah Udinese, Rolando Mandragora, dan penyerang Sassuolo, Domenico Berardi, turut dipanggil semula.

Itali telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Euro tahun depan selepas mengutip mata maksimum daripada lapan perlawanan Kumpulan J.

Skuad Azzurri itu akan melengkapkan kempen kelayakan itu dengan berdepan Bosnia-Herzegiovina dan Armenia.

Senarai pemain Itali:

Gianluigi Donnarumma (AC Milan), Pierluigi Gollini (Atalanta), Alex Meret (Napoli), Salvatore Sirigu (Torino), Francesco Acerbi (Lazio), Cristiano Biraghi (Inter Milan), Leonardo Bonucci (Juventus), Andrea Cistana (Brescia), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Emerson Palmieri (Chelsea), Alessandro Florenzi (AS Roma), Armando Izzo (Torino), Gianluca Mancini (AS Roma), Alessio Romagnoli (AC Milan), Leonardo Spinazzola (AS Roma), Nicolo Barella (Inter Milan), Gaetano Castrovilli (Fiorentina), Jorginho (Chelsea), Rolando Mandragora (Udinese), Marco Verratti (Paris Saint-Germain), Nicolo Zaniolo (AS Roma), Andrea Belotti (Torino), Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Bernardeschi (Juventus), Federico Chiesa (Fiorentina), Stephan El Shaarawy (Shanghai Shenhua), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Riccardo Orsolini (Bologna).