Cristiano Ronaldo telah merekodkan satu lagi pencapaian baru dalam kariernya selepas menjadi pemain terpantas untuk meledak 50 gol dalam Serie A.

Ronaldo dua kali menemui sasaran awal pagi tadi ketika mengatasi Lazio 2-1 di Allianz Arena, gol pertamanya -- yang disempurnakan menerusi sepakan penalti -- telah menjamin dirinya dalam sejarah bola sepak Itali.

Ia bermakna pemenang Ballon d'Or lima kali itu mencapai bilangan jaringan tersebut dalam 61 perlawanan bersama The Bianconeri.

Mari kita lihat apa yang telah dipamerkan Ronaldo setakat ini di bumi Itali.

Lebih cepat daripada Shevchenko, Ronaldo dan Trezeguet

50 gol yang disumbangkan Ronaldo meletakkan dirinya terpantas antara bintang yang pernah mewarnai Serie A.

Legeda Milan dan Ukraine, Andriy Shevchenko mencapai rekod tersebut dalam 68 perlawanan, sementara seorang lagi pemenang Ballon d'Or, ikon Brazil, Ronaldo, mencapai bilangan yang sama selepas 70 perlawanan ketika menyarung jersi Inter.

Pemain paling pantas Juve yang mencapai 50 gol sebelum ini adalah penyerang Perancis, David Trezeguet dalam 78 perlawanan -– bilangan yang sama diraih oleh wira Inter dalam saingan Liga Juara-Juara 2010, Diego Milito.

Di landasan terbaik untuk persembahan individu terbaik buat Juve

Ronaldo kini merupakan antara tiga pemain Juve yang berjaya meledak 30 gol dalam satu musim Serie A, selepas Felice Borel dan John Hansen.

Dia dijangka akan melepasi rekod 31 gol Borel bagi musim 1933-34 sebelum tamat kempen ini.
Serie A sertai Liga Perdana Inggeris (EPL) da LaLiga sebagai taman permainan Ronaldo

Ronaldo menjadi pemain pertama untuk meledak 50 gol atau lebih dalam saingan EPL, LaLiga dan Serie A, selepas merekodkan 84 gol ketika bersama Manchester United dan 312 ketika menyarung jersi Los Blancos.

Dia telah berdepan 21 pasukan dalam saingan Serie A, dengan Chievo merupakan satu-satuanya kelab yang belum ditembusi Ronaldo -- dengan Stefano Sorrentino menafikan sepakan penalti Ronaldo ketika Juve menang 3-0 Januari lalu.