Thomas Tuchel mengakui Paris Saint-Germain (PSG) merindui aksi Neymar sewaktu tewas mengejut di tangan Rennes dan menolak bintang Brazil itu akan meninggalkan pasukan kecuali jika meraih pengganti yang sesuai.

Ketiadaan Neymar dalam tempoh yang lama bersama PSG berlanjutan sewaktu juara bertahan Ligue 1 itu tunduk 2-1 di tangan Rennes dalam aksi pertama di tempat lawan, musim ini.

Pemain berusia 27 tahun, Neymar, telah pulih daripada kecederaan buku lali sehingga terpaksa diketepikan sejak Jun lalu sambil mengenai masa depannya menjadi tanda tanya tatkala dia dikaitkan dengan Real Madrid serta bekas majikan, Barcelona.

Selepas menyaksikan anak buahnya bergelut untuk mempamerkan kreativiti di Roazhon Park, pengendali PSG, Tuchel, menyatakan pendirian bahawa pasukannya perlu mengekalkan pemain.

"Neymar tidak akan pergi tanpa pengganti, itu mustahil," katanya.

"Ia jelas. Jika dia kekal, kami akan mempunyai pemain yang bakal membantu meraih kemenangan.

"Kami kekurangan daripada segi kepantasan awal. Terdapat beberapa situasi kecil di mana ruang terbuka tetapi kami tidak cukup pantas."

Tuchel juga memberitahu Canal +: "Saya sering katakan perkara sama. Jendela perpindahan dibuka lebih daripada 10 hari dan anda fikir ia boleh selesai esok atau dua hari lagi?

"Apa yang saya fikir, itu tidak penting. Hari ini, pemain saya tidak boleh beraksi kerana Neymar tidak menjalani latihan seperti pemain lain. Itu situasi sebenar."