Neymar tiada risiko kecederaan sebelum perlawanan, kata Tite

Oleh Staff Writer 14 Oktober 2019 150
Neymar tiada risiko kecederaan sebelum perlawanan, kata Tite
Ketua jurulatih skuad Brazil, Tite, menegaskan Neymar tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan sebelum aksi persahabatan berdepan Nigeria yang berakhir 1-1, menyaksikan penggempur itu dikeluarkan selepas 12 minit permainan akibat tidak selesa dengan kaki.

Dia kemudian dilihat berbincang dengan beberapa staf Brazil di bangku simpanan tatkala Neymar tidak menunjukkan sebarang tanda kesakitan awal.

Bagaimanapun, memandangkan bintang Brazil itu terus dihantui masalah kecederaan sama sejak dua tahun lalu, Tite ditanya sama ada dia mengambil risiko menurunkan penyerang itu.

Pengendali itu berterus-terang ketika memberikan maklum balas dengan menegaskan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak akan beraksi sekiranya tahap kecergasannya diragui.

"Tidak, tidak sama sekali," katanya.

"Tidak bertanggungjawab sekiranya saya menurunkannya walaupun meragui tahap kecergasannya. Saya akan menerima rungutan dan kritikan daripada pengendali dan presiden PSG jika ia berlaku."

Kini tempoh rehat antarabangsa telah berakhir dan Neymar akan kembali ke PSG yang bakal berdepan Nice, Jumaat ini.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen