Neymar, Mbappe akan terus di PSG -- Herrera

Oleh Muzaffar Musa 11 Mei 2020 80
Neymar, Mbappe akan terus di PSG -- Herrera
Neymar dan Kylian Mbappe masih komited bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan Ander Herrera tidak percaya dengan spekulasi perpindahan kedua-dua pemain itu.

Bintang PSG, Neymar, dikaitkan untuk menyertai pasukan juara LaLiga, Barcelona, hampir tiga tahun selepas perpindahan dengan rekod dunianya yang bernilai €222 juta (RM1.04 bilion).

Mbappe, dalam pada itu, dilaporkan akan menyertai satu lagi kuasa besar bola sepak di Sepanyol, Real Madrid, di mana Zinedine Zidane tidak berselindung di sebalik minatnya untuk mendapatkan penyerang berkenaan.

Rakan sepasukan mereka, Herrera, bagaimanapun, percaya kedua-dua pemain itu masih gembira dengan pasukan juara Ligue 1 tersebut.

"Mbappe dan Neymar masih di PSG dan masih di sini biarpun dalam situasi semasa yang kami hadapi," katanya kepada COPE.

"Saya makan malam bersama Neymar sebelum kuarantin dan dia mahu terlibat dalam projek kami.

"Dia memberitahu saya bahawa dia tidak pernah segembira ini di Paris.

"Projek PSG adalah perasaan yang dipenuhi di Paris," katanya.
 
PSG diisytiharkan sebagai juara Ligue 1 selepas musim 2019-20 dibatalkan berikutan penularan wabak Covid-19 di Perancis.

Sejak menyertai PSG daripada Barca pada 2017, Neymar telah memenangi tiga kejuaraan Ligue 1 berturut-turut selain gelaran Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophee des Champions.

Mbappe, yang awalnya menyertai PSG secara pinjaman daripada Monaco pada 2017 memiliki koleksi trofi sama seperti Neymar di ibu kota Perancis itu.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen