Penyerang Barcelona, Neymar, memuji gandingan tiga penyerang Real Madrid, Karim Benzema, Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo dan menegaskan ketiga-tiganya merupakan bintang yang dihormati.

Barisan hadapan Madrid dan gandingan serangan Barcelona, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar, dianggap sebagai dua formasi serangan terbaik di dalam permainan dan pemain antarabangsa Brazil itu menegaskan ia mustahil untuk memilih siapa yang terbaik di antara kedua-duanya.

"Mereka adalah bintang bola sepak yang dihormati," jelas Neymar kepada CNN.

"Ronaldo telah memenangi Ballon d'Or empat kali dan Bale mempunyai musim yang hebat. Benzema pula penyerang yang hebat yang saya berfikir mereka merupakan bintang dalam bola sepak.

"Ia adalah pertempuran yang baik, pertempuran yang sihat yang kami ada dalam Clasico.

"Saya tidak akan mengatakan yang mana trio terbaik kerana saya tidak suka untuk menyatakannya. Saya pernah suka untuk mengatakan bahawa saya lebih hebat daripada orang lain tetapi trio ini (MSN Barcelona) telah mencipta sejarah dan akan terus berbuat demikian."

Namun, jika diberi pilihan untuk menandatangani seorang pemain Madrid, Neymar tidak akan memilih bintang serangan pasukan itu.

"Saya akan memilih Marcelo," tegasnya.

"Mengapa? Kerana dia adalah kawan saya!

"Tidak juga Cristiano? Tidak, saya akan memilih Marcelo."