Ia adalah Lionel Messi. Cristiano Ronaldo tidak layak untuk memenangi Ballon d'Or, menurut bintang Barcelona, Neymar.

Ronaldo merupakan pilihan untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or yang akan diumumkan pada minggu hadapan selepas membantu Madrid untuk memenangi Liga Juara-Juara musim lalu.

Dia juga telah membantu Portugal untuk memenangi Euro 2016, meledak 51 gol dalam semua perlawanan untuk Madrid di samping menjaringkan tiga gol dalam Kejohanan Eropah di Perancis.

Neymar, bagaimanapun, menegaskan rakan sepasukannya di Barca, dan pemenang lima kali Ballon d'Or, Messi, bakal memenangi anugerah tersebut selepas melihat kelab gergasi Sepanyol itu mengekalkan kejuaraan LaLiga mereka.

"Saya tidak tahu siapa yang akan menang, bagi saya hanya ada seorang yang terbaik, iaitu Messi," Neymar memberitahu GOL.

"Ronaldo adalah pemain yang hebat, dia merupakan pemain bertaraf dunia dan saya menghormatinya.

"Tetapi Messi lebih berhak untuk mendapatkannya bagi saya."

Musim 2016-17, Messi telah menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan untuk Barcelona, dengan sembilan daripadanya dalam aksi LaLiga dan 10 dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Ronaldo pula telah menjaringkan 10 gol dalam aksi LaLiga dan meletakkan Madrid di kedudukan tertas liga tetapi hanya meledak dua gol dalam aksi di Eropah untuk musim ini.