Neymar gembira Jesus kembali ledak gol

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2018 228
Neymar gembira Jesus kembali ledak gol
Kapten Brazil, Neymar, gembira dengan persembahan rakan senegara, Gabriel Jesus, yang menjaringkan gol ketika berdepan Arab Saudi.

Jesus menamatkan kemarau jaringan di pentas antarabangsa ketika Brazil menewaskan 10 pemain Arab Saudi 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Riyadh, semalam.

Penyerang Manchester City itu gagal meledak sebarang jaringan untuk Brazil di Russia, di mana Selecao tersingkir dalam suku akhir.

Neymar -- yang menyerlah di Riyadh -- mempertahankan Jesus dan memuji persembahan pemain berusia 21 tahun itu.

"Saya sangat gembira kerana dapat melakukan umpanan untuk Jesus.

"Saya berasakan tekanan yang menimpa Jesus tidak seharusnya berlaku kerana dia masih muda dan saya sangat gembira dengan persembahannya dalam perlawanan ini."

Jesus, yang kembali beraksi buat kali pertama sejak Russia 2018, membuka jaringan untuk Brazil dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Alex Sandro menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ke-96 selepas penjaga gol Arab Saudi, Mohammed Al Owais, dilayangkan kad merah di luar kotak penalti.

"Kami tidak mempamerkan persembahan yang cemerlang tetapi kami kekal konsisten hingga tamat perlawanan," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen