Neymar membuat penampilan ke-100 La Liga untuk Barcelona ketika menewaskan Valencia 3-2 di Mestalla.

Bintang Brazil itu, yang membuat penampilan sulung bersama The Catalans ketika bertemu Levante pada Ogos 2013, telah meledak 59 gol dan 30 bantuan jaringan dalam tempoh 100 perlawanan pertamanya.

Pemain berusia 23 tahun itu telah melepasi pencapaian rakan sepasukan, Lionel Messi, dalam rekod 100 penampilan pertama dalam saingan liga -- namun berada di belakang penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Dengan bantuan daripada Opta, kita dapat melihat statistik Neymar sepanjang beraksi bersama Barcelona.

100 - Neymar telah menyempurnakan 100 perlawanan liga dalam tempoh 38 bulan.

86 - Jumlah jaringan gol daripada Rivaldo, penjaring terbanyak Barca dari Brazil, dalam La Liga. Evaristo menduduki tangga kedua dengan 78, di depan Ronaldinho (70) dan Neymar (59).

59 - Jumlah gol dijaringkan oleh Neymar dalam La Liga. Messi hanya berjaya meledak 48 gol dalam 100 penampilan La Liga manakala Ronaldo menjaringkan 111 gol.

30 - Bilangan bantuan jaringan Neymar menyamai Ronaldo tetapi melepasi Messi (26).

24 - Bilangan gol dijaringkan satu musim (2015-16). Dia hanya menjaringkan empat gol setakat ini.

20 - Dua per tiga bantuan jaringannya adalah untuk Messi (12) dan Luis Suarez (8).

8 - Bilangan gol daripada sepakan penalti dalam 10 percubaan.

6 - Jumlah gol dijaringkan oleh Neymar ke atas satu pasukan La Liga: Rayo Vallecano dan Villarreal. Dia telah menjaringkan tiga gol ke atas Real Madrid dan dua ke atas Atletico Madrid.