Neymar akan kekal di PSG -- Paredes

Oleh Ammar Hakim 8 Mei 2020 46
Neymar akan kekal di PSG -- Paredes
Neymar akan kekal di Paris Saint-Germain (PSG) musim hadapan, menurut rakan sepasukan, Leandro Paredes.

Bintang Brazil itu telah dilaporkan menjadi sasaran utama Barcelona, yang ditinggalkannya untuk menyertai PSG pada Ogos 2017, telah memberitahu sedia untuk memotong gaji untuk kembali ke Nou Camp.

Neymar telah menjaringkan 69 gol dalam 80 penampilan bersama PSG, satu daripadanya terhasil ketika berdepan Borussia Dortmund dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) di mana mereka melangkah ke suku akhir buat kali pertama sejak 2016.

Musim Ligue 1 telah dibatalkan ekoran pandemik koronavirus, dengan skuad kendalian Thomas Tuchel dinobat sebagai juara buat kali keempat berturut-turut, dan Paredes menjangkakan Neymar akan kekal di kelab apabila musim 2020-21 bermula.

"Neymar akan kekal bersama kami," kata Paredes kepada FOX Sports Argentina.

"Kami tidak berbincang mengenainya, supaya dia tenang dalam membuat keputusan."
 
Paredes menggunakan frasa Sepanyol 'se queda' (kekal), di mana ia digunakan oleh kapten Barcelona, Gerard Pique sebelum Neymar berhijrah ke PSG.

Pemain kebangsaan Argentina, Paredes, bergelut untuk menjadi tunjang tengahh pasukan yang sering diberikan kepada Marco Verratti.

"DI PSG saya bermain dengan pemain-pemain terbaik. Verratti adalah seorang pemain tengah yang terbaik. Mustahil untuk merampas bola daripadanya, dia sentiasa berjaya melepaskan diri.

"Skuad ini sangat menakjubkan, saya menggunakan kesempatan ini setiap hari dalam sesi latihan. Tahap pasukan ini sangat tinggi."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen