Pengarah Perhubungan Institusi Real Madrid, Emilio Butragueno, menegaskan mereka tidak boleh mengambil mudah pertemuan aksi kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) dengan Napoli.

Selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga kedua, Madrid bakal bertemu Napoli dan menyifatkan skuad kendalian Maurizio Sarri itu mampu memberikan kesukaran kepada Madrid.

"Napoli memiliki seorang jurulatih yang berkualiti dan mereka telah mempertingkatkan mutu permainan mereka tahun demi tahun. Mereka akan menjadi lawan yang sangat sukar," ujar Butragueno.

"Kami mengetahui pasukan dari Itali bersaing dengan baik. Mereka mampu memberikan tekanan kepada pasukan lawan. Kami harus berhati-hati dan cuba untuk menewaskan mereka.

"Buat mereka, ia akan menjadi satu motivasi yang tinggi untuk berdepan kami.

"Kami akan cuba mendapatkan keputusan yang positif dalam perlawanan pertama di Santiago Bernabeu."