LEIPZIG 2 ZENIT 1

Julian Nagelsmann berasakan ketenangan RB Leipzig beraksi di bawah tekanan adalah faktor kebangkitan mereka apabila merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Zenit dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.


Leipzig ketinggalan pada minit ke-25 apabila Yaroslav Rakitskiy meledak gol pembukaan menerusi rembatan jarak jauh.

Bintang tuan rumah, Timo Werner, digantikan pada separuh masa tetapi skuad kendalian Nagelsmann itu bertukar sejurus perlawanan bersambung menerusi jaringan yang dihasilkan oleh Konrad Laimer dan Marcel Sabitzer.

"Berdasarkan prestasi Leipzig yang kurang cemerlang dan sekali lagi ketinggalan, saya kagum dengan ketenangan pasukan," kata Nagelsmann.

"Terdapat beberapa risiko yang telah diambil dan bertuah kerana hantaran Zenit kurang berkesan dalam perlawanan ini. Ini merupakan kemenangan yang penting dan kami berhak meraihnya."

Jaringan kemenangan Sabitzer akan diingati selepas berjaya mendada hantaran Lukas Klostermann sebelum melepaskan rembatan voli.

"Ini merupakan kemenangan yang berhak diraih Leipzig, terutama sekali menerusi persembahan dalam separuh masa kedua," kata Sabitzer. "Kami berjaya mengawal permainan lawan dan meraih tiga mata.

"Kami telah diberi tekanan selepas tewas kepada Lyon. Kami menangani masalah yang dihadapi dan menentukan nasib kami sendiri. Ini merupakan salah satu perlawanan yang menarik."

Leipzig mendahului Kumpulan G dengan enam mata, berkelebihan dua mata ke atas Zenit menjelang aksi seterusnya di St Petersburg dua minggu dari sekarang.

"Leipzig bermain baik, pantas, ditambah pula dengan kualiti ketika memberikan tekanan dan menyerang tapi masih mampu untuk diatasi. Kami akan cuba lagi dua minggu dari sekarang," kata pengendali Zenit, Sergei Semak.

"Zenit bermain dengan disiplin dalam separuh masa pertama tetapi bolos dua kali sebelum perlawanan berakhir.?

"Ini merupakan keputusan yang adil -- Leipzig menggunakan setiap peluang dan berjaya memenangi perlawanan ini."