MSN gandingan terbaik dunia -- Coutinho

Oleh Staff Writer 1 Disember 2016 6
MSN gandingan terbaik dunia -- Coutinho

Pemain bintang Liverpool, Philipe Coutinho berkata trio Barcelona -- Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar -- merupakan gandingan penyerang terbaik dunia ketika ini.

Persoalan siapakah pemain terbaik dunia di antara Lionel Messi dan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, seringkali menjadi topik perbincangan hangat di antara peminat bola sepak dunia.

Apatah lagi Ronaldo dilihat sebagai calon pilihan untuk menggondol anugerah Ballon d'Or susulan membawa Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Euro 2016 bersama Portugal.

Bagaimanapun, Coutinho percaya keserasian MSN (Messi, Suarez dan Neymar) dalam mempamerkan aksi terbaik di atas padang merupakan satu kelebihan.

"Pada saya, tiga pemain terbaik dunia adalah trio MSN," Coutinho memberitahu FourFourTwo.

"Sudah tentu ada pemain lain seperti Cristiano Ronaldo, yang merupakan tunjang utama Real Madrid.

"Tetapi gandingan MSN cukup sempurna, Neymar seorang pemain yang pantas, Suarez memiliki skil yang cukup hebat manakala Messi merupakan mesin penjaring gol. Pada saya, gandingan mereka menghasilkan satu kesempurnaan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen