Mourinho bakal bimbing Roma musim hadapan

Oleh Ammar Hakim 4 Mei 2021 2195
Mourinho bakal bimbing Roma musim hadapan
AS Roma telah mengesahkan bahawa mereka bakal mendapatkan khidmat Jose Mourinho sebagai pengurus pasukan bermula musim 2021-22 bagi menggantikan Paulo Fonseca yang meninggalkan kelab penghujung musim ini.

Bekas pengurus Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspur itu bakal memulakan karier pengurusan di Itali buat kali kedua selepas membimbing Itali pada 2008-2010.

Pengendali kelahiran Portugal itu sekadar menikmati 18 bulan membimbing Spurs sebelum digantikan dengan pengurus sementara, Ryan Mason.

Roma, ketujuh dalam saingan Serie A, yang bakal tanpa khidmat Fonseca bagi musim hadapan telah mengumumkan menerusi laman sosial telah mencapai persetujuan dengan Mourinho untuk dilantik sebagai ketua jurulatih baru bagi musim hadapan.
 

Roma ketika ini beraksi dalam saingan separuh akhir Liga Europa (UEL) namun ketinggalan 6-2 secara agregat kepada Manchester United menjelang aksi timbal balik awal pagi Jumaat ini.
 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen