Moreno terima penolakan yang jelas selepas disingkir Sepanyol

Oleh Staff Writer 21 November 2019 885
Moreno terima penolakan yang jelas selepas disingkir Sepanyol
Robert Moreno berkata dia menerima penolakan yang jelas selepas tempohnya selaku ketua jurulatih Sepanyol ditamatkan dengan kepulangan Luis Enrique ke pasukan itu walaupun mengakui ia perasaan yang bercampur-baur.

Bekas pembantu jurulatih itu dinaikan pangkat bagi menggantikan Enrique, yang meletakkan jawatan ekoran anak perempuannya, Xana, bertarung dengan kanser tulang -- meninggal dunia Ogos lalu.

Bagaimanapun, bekas pengurus Barcelona itu kembali menyertai skuad Sepanyol minggu ini untuk menggantikan Moreno, yang kerap berada di sampingnya dalam pelbagai jawatan terdahulu.

Moreno tidak akan kembali menjadi penolong jurulatih dan terdapat laporan mendakwa hubungan baik di antara kedua-dua individu itu sudah berakhir walaupun Moreno mengeluarkan kenyataan untuk tidak menghadiri hari terakhirnya selaku ketua jurulatih Sepanyol kerana mahu mengelakkan "kecelaruan penolakan dan justifikasi bagi kedua-dua pihak".

Namun, jurulatih berusia 42 tahun itu tetap berterima kasih kepada Enrique, staff kejurulatihannya, Persatuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan media sambil meminta maaf kerana tidak melayani wartawan dalam perlawanan terakhirnya Isnin lalu.

Dalam kenyataan itu, dia menambah: "Saya menerima penolakan yang jelas. Amat sukar untuk memuaskan hati semua orang tetapi secara ikhlasnya, saya menghormati mereka dan semua pandangan.

"Saya sentiasa menganggap diri saya sebagai lelaki yang akan memegang janji dan tidak akan menjadi halangan apabila Luis Enrique mahu kembali.

"Saya perlu mengotakannya walaupun ia bermakna saya harus pergi.

"Saya mendoakan yang terbaik untuknya kerana kejayaannya adalah kejayaan kami semua," katanya.

Merujuk kepada situasi ekstrem yang dialami Luis Enrique sehingga dia diberikan peluang untuk menerajui pasukan itu, Moreno berkata dia berharap tidak pernah ditawarkan jawatan itu.

"Pengalaman saya menjadi jurulatih sebenar bermula dan berakhir dengan cara yang sama.

"Ia perasaan yang bercampur-baur.

"Saya perlu memandang ke depan dan menghadapi cabaran baru sebagai jurulatih.

"Saya sudah bersedia untuk menghadapi cabaran dalam mengetuai projek baru," katanya lagi.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen