Ejen kepada Sergej Milinkovic-Savic, Mateja Kezman, menegaskan pemain tengah Lazio itu bukan untuk dijual dengan apa harga sekalipun sungguhpun dia menolak untuk menafikan sama ada Manchester United membuat tawaran.

Milinkovic-Savic muncul salah satu pemain yang paling dikehendaki di Eropah, dengan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, Manchester City dan Juventus dikaitkan dengan bintang berusia 22 tahun itu.

Spekulasi terus bergerak ke arah Old Trafford tetapi pemain antarabangsa Serbia itu -- yang menandatangani kontrak sehingga 2022, April lalu, dan telah menjaringkan tiga gol Serie A musim ini -- tidak akan meninggalkan Lazio.

"Satu-satunya pemain yang boleh bertindak bagi pihak Sergej Milinkovic-Savic adalah saya," kata bekas penyerang Chelsea, Kezman, kepada Tuttomercatoweb.

"Oleh itu, saya banyak terbaca laporan yang salah yang secara tidak langsung memberi tekanan kepada Lazio kerana ia boleh menjejaskan keseimbangan di dalam bilik persalinan mereka kerana mereka sedang melalui musim yang mengagumkan untuk dia dan kelab.

"Adakah tawaran daripada United sebenarnya berlaku? Seperti saya telah katakan berjuta kali, Milinkovic-Savic tidak akan dijual pada harga apa pun.

"Ia bukan masa untuk bercakap mengenai perpindahan."

Milinkovic-Savic dan Lazio akan menjadi tuan rumah kepada Torino pada Isnin ini, dengan pasukan kelima yang berpusat di Rom itu menduduki tangga kelima dan tujuh mata di belakang pendahulu, Inter.