Milan masuki perlumbaan Inter, Juve rebut Tonali 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 Ogos 2020 213
 Milan masuki perlumbaan Inter, Juve rebut Tonali 
Presiden Brescia, Massimo Cellino, mengesahkan Milan berminat dengan pemain yang turut menjadi sasaran Inter, Sandro Tonali.

Perancang berumur 20 tahun itu hangat dikaitkan akan meninggalkan Brescia selepas mempamerkan sentuhan memberangsangkan musim ini sehingga layak di panggil membarisi skuad Itali.

Inter, Milan dan Juventus dilaporkan berminat terhadap khidmat pemain tengah itu, yang membuat 35 penampilan Serie A yang menyaksikan Brescia tergelincir ke divisyen bawahan. 

Begitupun, Cellino mengatakan Tonali mahu masa depannya segera diselesaikan sejak menjadi buruan utama Inter sambil Milan bersedia menyertai perebutan oti. 

"Saya menghargai kesungguhan (Pengarah Teknikal Milan, Paolo) Maldini, yang mewakili sebuah kelab yang bersejarah. Saya tidak mahu menokok lebih banyak perkara yang tidak sesuai," katanya kepada Sky Sport hari ini.

"(Ketua Eksekutif Inter, Giuseppe) Marotta pula sering menyatakan minat yang mendalam. Selalunya saya mengelak untuk berunding dengan kelab lain, terutama kelab asing.

"Tetapi pemain ini perlu tahu mengenai masa depannya. Jadi, saya tidak mahu tergesa-gesa tetapi dia nampaknya tidak begitu."


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen