Jose Mourinho memberi bayangan bahawa Henrikh Mkhitaryan mungkin diberi kepercayaan dalam aksi Piala Liga Inggeris (EFL) di Bristol City, pagi esok.

Pemain antarabangsa Armenia itu telah membuat 10 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memainkan peranan penting.

Bagaimanapun, penampilannya mulai terhad sejak 5 November lalu yang menyaksikannya bermain selama 19 minit sebagai pemain gantian ketika menentang Brighton & Hove Albion.

Menurut laporan, Mkhitaryan dan Mourinho terlibat dengan perselisihan pendapat semasa sesi analisis video, disusuli beberapa persembahan yang tidak berkesan -- sekaligus menguatkan khabar angin bahawa pemain tengah itu semakin hampir menuju ke Inter.

Bagaimanapun, Mkhitaryan kelihatan bersedia untuk membawa cabaran dalam musim sejuk apabila penyandang juara itu bakal berdepan pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik, Bristol City, dengan Mourinho juga mengulangi penjelasannya mengenai bekas bintang Borussia Dortmund itu.

Bercakap kepada pemberita, Mourinho berkata: "Kami perlu menghadapi perlawanan ini dengan serius tetapi saya akan membuat beberapa perubahan dan kemungkinan Miki (Mkhitaryan) akan terlibat.

"Pada masa ini, kami menggunakan (Juan) Mata, (Jesse) Lingard, (Marcus) Rashford atau (Anthony) Martial dan (Romelu) Lukaku, dan di bangku simpanan, kami ada Ibra (Zlatan Ibrahimovic) Martial atau Rashford.

"Tiada ruang untuk semua orang kerana anda memerlukan keseimbangan di bangku simpanan juga."

Mourinho menambah: "Saya membuat beberapa perubahan untuk perlawanan ini, bukan perubahan besar kerana Bristol adalah salah sebuah pasukan terbaik dalam Liga Kejuaraan dan bagi saya, kancah itu bukan lagi seperti lima atau 10 tahun yang lalu."