Lionel Messi, Luis Suarez dan rakan sepasukan Barcelona telah kembali menjalani latihan semalam.

Barca telah diberikan lampu hijau untuk mengadakan sesi latihan secara berasingan.

Pemain-pemain telah diberikan arahan terus hadir ke latihan dengan pakaian latihan bagi memastikan mereka tidak perlu ke bilik persalinan serta berlatih mengikut waktu yang telah ditetapkan secara berasingan.

Penyandang juara LaLiga itu telah memuat naik gambar menerusi Twitter buat pertama kali sejak pengajuran saingan sukan di seluruh dunia ditangguh ekoran pandemik koronavirus.Sepanyol merupakan salah satu negara yang paling terkesan ketika penularan Covid-19. namun LaLiga berharap saingan kompetitif akan kembali bersambung pertengahan Jun ini.