Messi julang Ballon d'Or kali keenam

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2019 1038
Messi julang Ballon d'Or kali keenam
Lionel Messi mengatasi Virgil van Dijk untuk memenangi Ballon d'Or buat kali keenam awal pagi tadi.

Bintang Barcelona itu mendaki empat anak tangga daripada ranking tahun lalu apabila berjaya mengatasi Van Dijk di tempat kedua manakala Cristiano Ronaldo di tempat ketiga untuk merangkul gelaran individu terbaik dalam bola sepak dunia.

Kemenangan Messi, yang diumumkan dalam satu majlis di Paris, merupakan yang pertama sejak 2015 dan meletakkan dirinya mengatasi Ronaldo.

Luka Modric menamatkan dominasi dua pemain itu 12 bulan lalu, namun kejayaan merangkul Liga Juara-Juara (UCL) buat pertahanan Liverpool, Van Dijk, gagal untuk mengelakkan Messi daripada menuntut kembali mahkotanya.
Pemain kebangsaan Argentina itu terus mengekalkan piawaian permainan yang cemerlang sejak sedekad lalu ketika dia meraih gelaran Ballon d'Or pertamanya pada 2009.

Jaringan kemenangan Messi ke atas Atletico Madrid pada Ahad lalu merupakan yang ke-41 dalam 44 penampilan tahun ini.

Dia turut melakukan 15 bantuan jaringan dan menjadi penjaring terbanyak musim lalu untuk membantu Barca menjuarai LaLiga.

September lalu, Messi diangkat sebagai Pemain Terbaik FIFA 2019, dengan Van Dijk di tempat kedua manakala Ronaldo ketiga.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen