Messi di tempat kelima? Ia tidak masuk akal -- Valverde

Oleh Penulis Jemputan 5 Disember 2018 3691
Messi di tempat kelima? Ia tidak masuk akal -- Valverde
Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, mendakwa keputusan anugerah Ballon d'Or yang menyaksikan Lionel Messi berada di tempat kelima sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Messi merupakan pememang lima kali anugerah itu, berkongsi jumlah dengan seteru utama, Cristiano Ronaldo, yang menyaksikan Luka Modric mengungguli anugerah tersebut.

Ia menadi kali pertama Messi dinamakan di luar daripada kelompok tiga terbaik sejak 2006 tatkala Ronaldo, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe masing-masing mengatasinya.

Walaupun Valverde enggan mendedahkan ramalannya terhadap keputusan undian berkenaan, melihat Messi di kedudukan kelima pastinya sukar diterima.

"Saya tidak akan mengambil tahu, tidak kira siapa menang atau kalah," kata Valverde.

"Saya rasa orang ramai yang mengundi terhadap situasi itu perlu menjawabnya. Semua pihak memiliki pendapat sendiri tetapi bagi kami, ia tidak masuk akal.

"Kami mengucapkan tahniah buat Modric di atas kemenangannya itu."

Barca bakal melayan kunjungan Cultural Leonesa dalam aksi kedua pusingan 32 Piala Raja Sepanyol, awal pagi esok.

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen