Lionel Messi sanggup mengetepikan kecederaan ringgan ketika Barcelona berdepan Real Sociedad dalam perlawanan separuh akhir Supercopa de Espana, awal pagi esok, tatkala Ronald Koeman semakin hampir mengecapi kejayaan trofi pertamanya sebagai pengurus Barca.

Menurutnya, bintang Argentina itu mengadu berasa tidak selesa sejurus kemenangan 4-0 Barca di Granada, hujung minggu lalu, yang menyaksikannya menyumbangkan dua gol dan pasukannya kembali digeruni.

Itu adalah kemenangan ketiga berturut-turut Blaugrana dalam LaLiga -- semuanya direkodkan di tempat sendiri -- dan mereka belum tewas dalam lapan sejak menempa kekalahan 0-3 kepada Juventus pada 8 Disember lalu.

Mungkin ia sesuatu yang tidak menghairankan, peningkatan Barca bertepatan dengan situasi Messi yang kelihatan gembira menggayakan keunikan sentuhannya-- ketua pasukan itu telah meledak tujuh gol dan mencipta dua peluang keemasan yang dicipta sepanjang tujuh perlawanan terakhirnya, secara tidak langsung terlibat lebih banyak gol berbanding pemain LaLiga lain.

Dalam 10 perlawanan liga sebelum itu, Messi hanya menghimpunkan empat gol dan tidak mencipta bantuan jaringan -- ia membuktikan bahawa fikirannya berada di tempat lain atas usahanya meninggalkan kelab berkenaan.






Namun, hubungan Messi dan Barca kelihatan semakin jernih menuju ke perlawanan Supercopa itu sambil bintang utama tersebut disahkan cergas untuk beraksi.

"Ada beberapa pemain mengadu rasa tidak selesa, salah seorangnnya adalah Messi. Itulah sebabnya kami mengeluarkannya di Granada," kata Koeman.

"Nampaknya semua pemain sudah bersiap sedia untuk hari esok, begitu juga Ronald Araujo walaupun dia terlepas sesi persiapan kami. Ini adalah satu perlawanan menentang pasukan yang ampuh dan kami dapat mengambil langkah selanjutnya."

Koeman menyedari anak buahnya mula mempamerkan falsafah sebenarnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutama dalam aspek serangan. Sejak 9 Disember lalu, empat pemain dengan peluang terbanyak dalam LaLiga terdiri daripada tonggak Barca.

"Pasukan ini semakin meningkat daripada segi serangan, kami mempunyai lebih ramai pemain yang mampu menyusup dari tengah padang," katanya lagi.

"Kami memiliki pemain yang mampu mengucar-ngacirkan pertahanan lawan dan mampu bertahan dengan baik sebagai sebuah pasukan. Kami mula memperoleh keyakinan.

"Akhir-akhir ini kami fokus dalam setiap perlawanan 0- kami semakin meningkat dalam hal ini. Ketika kami tidak memiliki bola, kami memadatkan kawasan. Kami telah meningkatkan permainan kami.


"Pemain tengah memberi kami peluang mencipta banyak ancaman malah sejak awal musim lagi kami sudah mengetengahkan Messi sebagai pemain nombor sembilan tiruan. Pasukan menjadi lebih yakin dan kami menjumpai pemain yang boleh bebas di antara posisi itu (pertahanan dan bahagian tengah lawan)."