Messi akan bersara 'tiga atau empat tahun lagi' di Barcelona

Oleh Ammar Hakim 6 Ogos 2020 113
Messi akan bersara 'tiga atau empat tahun lagi' di Barcelona
Lionel Messi akan bersara sebagai pemain Barcelona dalam 'tiga atau empat tahun lagi', menurut presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.

Pemenang Ballon d'Or enam kali, Messi, memiliki kontrak di Nou Camp sehingga penghujung musim 2020-21, tetapi Bartomeu bulan lalu berkata dia menjangkakan penyerang itu akan menandatangani kontrak lanjutan.

Pemain berusia 33 tahun itu telah dikaitkan akan kembali menyertai Newell's Old Boys sebelum mengambil keputusan untuk bersara.

Bagaimanapun, Bartomeu tidak memiliki sebarang keraguan terhadap penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Barca itu dan menyatakan Messi akan bersara bersama gergasi Sepanyol itu, yang bakal berlaku pada 2023.

"Bukan hanya saya mengatakannya, Messi sendiri yang berkata, dia mahu menamatkan karier profesionalnya di Barcelona dan ia merupakan satu-satuanya kelab untuk dia," kata Bartomeu kepada beIN SPORTS.

"Saya tidak memiliki keraguan apabila dia berhenti bermain bola sepak dalam tempoh tiga atau empat lagi, ia akan berakhir di Barcelona.

"Messi sangat jelas, dia bersama pasukan sejak kecil lagi. Dia mengetahui warna paskan dan sebahagian daripada sejarah kelab.

"Dia pemain terbaik dunia. Bukan hanya sekarang, tetapi dalam sejarah bola sepak. Dia bersama Barcelona dan menjelaskan mahu kekal di sini."

 

Salah lagi keutamaan Bartomeu dalah berusaha untuk memastikan penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen, menandatangani kontrak baru, dengan yang asal akan berakhir dua tahun lagi.

"Marc merupakan seorang pemain yang individu yang cemerlang, dia sentiasa membuktikannya sebagai penjaga gol yang cemerlang," kata Bartomeu.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen