Menteri sukan Itali anggap Cristiano Ronaldo langgar protokol COVID-19

Oleh Shaiful Shamsudin 16 Oktober 2020 601
Menteri sukan Itali anggap Cristiano Ronaldo langgar protokol COVID-19
Cristiano Ronaldo mungkin telah melanggar protokol kesihatan dengan melakukan perjalanan ke Portugal untuk tugasan antarabangsa, menurut Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora.

Penggempur Juventus itu menyertai pasukan kebangsaannya bulan ini selepas penginapan juara Serie A itu gempar apabila dua kakitangannya didapati positif COVID-19.

Menurut laporan dari Itali, dua ujian calitan awal Ronaldo menunjukkan kepuitusan negatif tetapi dia masih perlu menjalani satu lagi ujian sebelum secara rasminya diberi kebenaran untuk meninggalkan program pengasingan itu dan kembali ke tanah airnya.

 

Dia terbabit ketika Portugal terikat tanpa gol dengan Sepanyol dan Perancis tetapi dipinggirkan dalam kemenangan ke atas Sweden selepas dikesan positif pandemik itu.

Malam tadi, Juventus mengesahkan bahawa bintang Portugis itu kembali ke Turin dengan menaiki penerbangan perubatan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Ronaldo dilapor dibawa pulang dengan menaiki ambulan bagi memastikan tiada protokol kuarantin yang dilanggar dan kini sedang menjalani pengasingan.

Namun, Juve mengatakan pemenang lima Ballon d'Or itu telah mematuhi peraturan sekalipun dibantah Spadafora.

Ditanya apakah perjalanan Ronaldo itu melanggar protokol COVID-19, menteri sukan Itali itu memberitahu Rai Radio 1: "Ya, saya rasa begitu. Sekiranya dia belum dapat kebenaran khusus daripada pihak kesihatan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen