Legenda Barcelona, Xavi, berharap Neymar kembali ke Nou Camp dan tidak meragui kualiti yang dimiliki penyerang itu.

Neymar telah dikaitkan dengan kepulangan menyertai gergasi LaLiga selepas hampir tiga tahun beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Xavi tidak melihat sebarang alasan mengapa pemain kebangsaan Brazil itu tidak akan kembali ke Barcelona, menyifatkan bekas rakan sepasukannya itu merupakan antara pemain terbaik dunia.

"Mengapa tidak? Saya tidak meraguinya dan kami pernah berkongsi bilik persalinan dan dia merupakan seorang pemain yang menakjubkan," katanya.

"Dia seorang yang profesional di Barcelona dan mampu beraksi dengan cemerlang."



Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Barcelona adalah bintang Inter, Lautaro Martinez.

Xavi memuji kebolehan pemain kebangsaan Argentina itu dengan berkata, "Saya menggemarinya, Siapa tidak?

"Dia bertindak cemerlang selaku penyerang, bijak mencari ruang."