Mbappe: Semua bercakap tapi tiada siapa tahu mengenai spekulasi ke Madrid

Oleh Muzaffar Musa 30 April 2020 915
Mbappe: Semua bercakap tapi tiada siapa tahu mengenai spekulasi ke Madrid
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, berkata semua orang sedang bercakap tetapi tiada siapa tahu mengenai spekulasi perpindahannya ke Real Madrid.

Ligue 1 musim 2019-20 sah dibatalkan gara-gara pandemik Covid-19 tetapi berita mengenai masa depan Mbappe masih mendominasi dada-dada akhbar.

Ketua jurulatih Madrid, Zinedine Zidane, tidak lagi berahsia mengenai minatnya terhadap Mbappe, yang amat didambakan di Santiago Bernabeu.

Mbappe -- yang masih memiliki kontrak bersama PSG hingga 2020 tetapi masih belum menandatangani kontrak baru --  tampil dengan satu ciapan Twitter buat juara Perancis itu.
 
"Semua orang bercakap tapi tiada siapa tahu... RINDUKAN PASUKAN SAYA.... @PSG_Inside," ciapnya.

Sebelum wabak Covid-19 menjejaskan Ligue 1 dan acara sukan di seluruh dunia, Mbappe telah menjaringkan 18 gol dalam liga dan 30 gol secara keseluruhan bagi kempen 2019-20.

Sejak menyertai PSG daripada Monaco pada 2017, pemain berusia 21 tahun itu telah memenangi dua kejuaraan Ligue 1 selain trofi Coupe de France, Coupe de la Ligue dan Trophee des Champions.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen