Mbappe pemain yang hebat

Oleh Penulis Jemputan 29 September 2017 995
Mbappe pemain yang hebat
Pengurus Perancis, Didier Deschamps, memuji bintang muda, Kylian Mbappe, sambil menyifatkan pemain berusia 18 tahun itu sebagai seorang pemain hebat.

Mbappe kini dipinjamkan ke Paris Saint-Germain (PSG) daripada Monaco sejak musim panas lalu dan telah menjaringkan dua gol buat skuad kendalian Unai Emery.

Aksinya yang konsisten pada musim ini membuatkan Deschamps tidak berfikir panjang untuk menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan Perancis bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia, Oktober ini.

“Dia membuktikan dirinya sebagai seorang pemain yang ofensif. Mbappe boleh bermain dalam semua posisi di bahagian serangan,” kata Deschamps ketika sidang media mengumumkan skuad Les Bleus.

“Mbappe melakukan segala-galanya dengan pantas dan berjaya membuktikan kehebatannya. Kebolehannya sangat luar biasa.”

Sementara itu, bintang Manchester United, Anthony Martial, terpaksa diketepikan daripada senarai walaupun mempamerkan aksi hebat pada musim ini, selepas mengalami kecederaan paha ketika membantu skuad The Red Devils menewaskan CSKA Moscow.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen