Kylian Mbappe mampu mengukir era baru di Real Madrid dan merangkul gelaran yang tidak mampu dicapai jika kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG), menurut Unai Emery.

Mbappe telah dikaitkan dengan penghijrahan ke Real dengan kontraknya bakal berakhir 2022.

Emery pernah melatih pemain skuad kebangsaan Perancis itu di PSG pada musim 2017-18, ketika mereka memenangi Ligue 1, Piala Perancis dan Piala Liga.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu percaya Mbappe memiliki bakat yang diperlukan di Real, jika dia mengambil keputusan untuk berhijrah.

"Sememangnya, dia memiliki kualiti untuk mengukir era baru di Real," katanya.

"Liga yang mana sesuai untuk Mbappe? Ketika saya di Perancis, saya suka bermain di sana, ketika saya berkelana ke England, saya mahu dia beraksi Liga Perdana Inggeris dan jika saya pulang Sepanyol, saya mahu melihatnya bermain dalam saingan LaLiga."

Mbappe telah memenangi tiga gelaran Ligue 1 bersama PSG -- dan satu lagi bersama Monaco -– ketika dia membantu Perancis bergelar juara dunia pada 2018.