Mbappe, Cavani kembali perkuat PSG 

Oleh Staff Writer 18 Oktober 2019 65
Mbappe, Cavani kembali perkuat PSG 
Paris Saint-Germain (PSG) menerima lonjakan dengan kembalinya Kylian Mbappe dalam skuad itu untuk menghadapi Nice, begitu juga dengan Edinson Cavani. 

Juara Ligue 1 itu perlu menangani isu kecederaan ketika rehat antarabangsa yang membabitkan pemain termahal dunia, Neymar, di samping pemain tengah, Idrissa Gueye, yang dilanda masalah hamstring selepas mempamerkan prestasi mengagumkan.

Bagaimanapun, pengurus, Thomas Tuchel, menerima perkhabaran positif apabila pemenang Piala Dunia, Mbappe, akan kembali selepas mengadu komplikasi di bahagian hamstringnya ketika menentang Angers.

Mbappe, yang terpaksa diketepikan pada awal musim ini kerana isu yang sama, terpaksa direhatkan daripada mewakili Perancis dalam jadual antarabangsa.

Tuchel memaklumkan perkembangan itu dalam satu sidang akhbar semalam bahawa pemain berusia 20 tahun itu telah "berlatih secara normal" kerana dia berharap dapat memiliki khidmatnya.

"Saya gembira kerana kami telah mencapai persetujuan dengan pasukan kebangsaan Perancis bahawa dia tidak perlu beraksi," katanya. 

"Dia berlatih secara berasingan pada Isnin lalu untuk kembali cergas. Dia juga tidak diturunkan ketika menentang Turki.

"Dia sudah menjalani latihan penuh minggu ini tetapi berlatih dalam kumpulan kecil adalah berbeza jika dibandingkan dengan perlawanan bola sepak yang berkeamatan tinggi.

"Anda tidak boleh beraksi apabila anda hanya cergas di tahap 80 peratus. Anda perlu di tahap 100 peratus untuk menghadapi perlawanan."

Mbappe akan ditemani penjaring terbanyak kelab, Cavani, yang belum beraksi sejak Ogos lalu.

Pemain antarabangsa Uruguay itu, yang kontraknya akan berakhir musim ini dan dikaitkan dengan Juventus, akan kembali selepas mengatasi kecederaan pinggul.



 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen