Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, percaya penyerangnya, Kylian Mbappe, mampu menjadi pemain terbaik dunia, namun perlu meningkatkan beberapa aspek dalam permainan.

Mbappe, 19, memaparkan permulaan menakjubkan bersama gergasi Perancis itu menerusi 13 jaringan daripada 11 penampilan.

Namun, legenda Sepanyol dan Barcelona, Xavi, mempersoalkan kemampuan penyerang muda itu dengan melabel Mbappe tidak mempunyai kematangan dalam bola sepak.

Tuchel memberi reaksi balas terhadap kenyataan itu dengan menyatakan bahawa masih ada ruang yang perlu diperbaiki penyerangnya itu, sekali gus bersetuju dengan kenyataan Xavi.

"Ia sesuatu yang normal memandangkan dia hanya berusia 19 tahun.

"Dia amat hebat dan dia akan menjadi pemain terbaik dunia.

"Benar apa yang diperkatakan Xavi. Dia perlu meningkatkan segala aspek.

"Ia sememangnya normal untuk seseorang yang berumur 19 tahun," kata Tuchel kepada media.