Javier Mascherano menerima hakikat bahawa waktunya di Barcelona semakin hampir ke penghujungnya dan dia akan menggunakan pengalamannya keluar dari Liverpool dengan baik.

Pemain Argentina itu menyertai Barca dari Liverpool pada 2010 dan telah berjaya menikmati kejayaan besar di Sepanyol dengan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) sebanyak dua kali, LaLiga empat kali dan empat gelaran Copa del Rey.

Dia juga berjaya menyesuaikan diri dengan peranan baru sebagai pertahanan tengah berbanding posisi asalnya, pemain tengah bertahan.

Begitupun, pada umur 33 tahun dan semakin kurang beraksi di bawah Ernesto Valverde musim ini meskipun cergas, Mascherano -- kontraknya tamat pada 2019 -- sedar waktunya di Catalonia menuju pengakhiran.

Dia berharap penghijrahan lebih baik ketika keluar dari Liverpool, sesuatu yang didakwanya didorong oleh janji-janji yang palsu.

Bercakap kepada ESPN, Mascherano berkata: "Jangka masa saya di sini semakin berakhir. Ia masuk akal memandangkan tidak banyak lagi yang boleh saya tawarkan di kelab ini.

"Saya tidak mengatakannya dengan berat hati, saya mempunyai tahun terbaik dalam kerjaya saya di kelab ini, saya tidak akan melupakannya.

"Saya merupakan salah seorang yang tahu bilakah waktu yang sesuai untuk mengakhiri kerjaya di sini.

"Saya mahu menamatkan khidmat di Barca pada masa yang tepat, namun ia bukan bergantung kepada saya.

"Saya cenderung untuk menamatkannya tepat pada masanya kerana ketika saya meninggalkan Liverpool, saya tidak gembira mengenainya dan saya tidak menggemarinya.

"Saya tidak suka mempunyai perasaan bahawa saya akan kembali ke Liverpool tetapi dalam masa sama, terrdapat sesuatu yang beracun di sana.

"Dan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada saya di Barcelona," katanya lagi.