Masalah kecederaan Liverpool berterusan

Oleh Ammar Hakim 28 Oktober 2020 1565
Masalah kecederaan Liverpool berterusan
Masalah pertahanan Liverpool berterusan selepas Jurgen Klopp mengesahkan Fabinho mengalami kecederaan hamstring ketika menang 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Midtjylland awal pagi tadi.

Pemain tengah Brazil, Fabinho -- mengisi kekosongan jentera pertahanan di sebalik ketiadaan Virgil van Dijk dan Joel Matip -- mengalami kecederaan ketika dalam aksi Kumpulan D sebelum diberikan rawatan oleh staf perubatan Liverpool.

Dia telah digantikan oleh Rhys Williams pada minit ke-30 ketika Diogo Jota, yang meledak gol ke-10,000 dalam semua pertandingan, dan Mohamed Salah melengkapkan kemenanga mereka di Anfield.



Klopp telahpun tanpa khidmat Van Dijk selepas pemain kebangsaan Belanda itu mengalami kecederaan lutut serius ketika berdepan Everton, pengendali The Reds itu tidak pasti mengenai tahap masalah yang dihadapi Fabinho.
 

"Perkara terakhir yang kami mahukan. Saya tidak tahu, dia mengalami kecederaan hamstring kiri dan ia kelihatan kurang baik," kata Klopp.

"Dia tidak berasakannya terlalu serius, dia berkata dia boleh bermain tetapi tidak dapat berlari tidak dapat membantu pasukan. Kita akan melihat, kita mesti melakukan imbasan dan melihatnya tetapi jelas keadaannya tidak baik."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen